Wednesday, 6 March 2013

Travel ala backpacker



Bagi mereka yang ingin mencapai kekayaan dalam pengalaman dan pengetahuan tetapi melibatkan kos yang rendah, travel gaya 'backpacker' adalah saranannya. 

Backpaker (dari kata asal 'backpack' yang bermaksud beg galas) adalah 'pelancong dengan beg galas' telah menjadi gaya baru (tidak terlalu baru sebenarnya, tapi masih belum meluas dan difahami sepenuhnya) oleh para pengembara seluruh dunia.

Backpack menjadi identiti kepada para backpacker yang travel secara independen tanpa menggunakan khidmat agen pelancongan, hanya melalui kajian sendiri menerusi buku atau sumber dari internet. Perinsip utama dalam travel secara backpacker adalah mengutamakan kos yang seminimum mungkin disamping mempunyai semangat 'survival' yang tinggi dan berani.

Walaupun tiada jaminan keselesaan semasa travel, namun apa yang penting bagi backpacker adalah mendapatkan pengalaman yang sangat berharga dengan menyelami kehidupan lokal di tempat yang dituju. Berikut adalah tip-tip untuk travel secara backpacker:

1. Backpack
Mengembara sebagai backpacker menggunakan backpack, bukan beg yang ditarik atau beg yang dibimbit kerana backpacker akan lebih banyak berjalan kaki di sepanjang perjalanan ke destinasi yang dituju dan dengan backpack perjalanan akan menjadi lebih mudah dan lancar. Terdapat pelbagai ukuran

untuk backpack, kebiasaannya yang
digunakan adalah 40 hingga 70 liter. Ia bergantung kepada tempoh perjalanan, lagi panjang perjalanannya lagi besarlah kapasiti backpack yang perlu dibawa. Ukuran backpack juga harus disesuaikan dengan saiz tubuh badan agar ia tidak mengganggu sistem postur badan pengguna. Cara menyusun backpack pula mempunyai seninya tersendiri. Bagaimana harus mengatur semua barang-barang keperluan di dalam backpack dan meninggalkan sedikit ruang untuk menyimpan cenderamata-cenderamata kecil sebagai buah tangan untuk di bawa pulang ke tanah air. Terdapat pelbagai jenama dengan reka bentuk masing-masing, terpulang kepada pilahan kita. Berghaus, Karrimor, Lowe Alpine, Marmot, Mammut, Deuter, Jack Wolfskin, The North Face antara nama-nama besar dalam pengeluar backpack.

2. Penginapan
Lupakan hotel 3 bintang, 4 bintang mahupun 5 bintang. Para backpacker harus rela menukar kemewahan dan keselesaan menginap di hotel-hotel tersebut dengan menginap di hotel-hotel bajet, rumah tumpangan ataupun

hostel. Sebagai seorang backpacker, tujuan pengembaraan yang sebenar adalah untuk menyelami kehidupan setempat atau lokal di tempat-tempat yang dituju. Tempat menginap hanyalah tempat untuk menyimpan barang dan tidur. Malah di rumah-rumah tumpangan anda akan dapat berkenalan dengan backpacker-backpacker dari negara-negara lain. Dan jika anda bertuah, selain saling bertukar pengalaman, anda mungkin juga dijemput untuk mengembara bersama mereka. Satu lagi cara yang dianggap paling bijak adalah dengan menggunakan kemudahan organisasi 'hospitality exchange' kerana jika anda bertuah, anda akan mendapat penginapan percuma disamping kenalan baru di tempat yang anda tuju.
Organisasi 'hospitality exchange' adalah komuniti backpacker dari seluruh dunia yang saling berinteraksi melalui jaringan internet untuk bertukar-tukar pendapat di samping bersedia untuk membantu rakan-rakan backpacker yang berkunjung ke negera mereka seperti menyediakan kemudahan tempat tinggal. Hal ini akan berterusan jika kita berkunjung ke tempat mereka pula maka sebab itu ia digelar 'hospitality exchange'. Caranya mudah, hanya dengan menyertai organisasi-organisasi 'hospitality exchange' ini dan mula mencari rakan di negara-negara pilihan anda. Antara organisasi 'hospitality exchange' yang cukup dikenali di kalangan backpacker seluruh dunia adalah www.hospitalityclub.org dan www.couchsurfing.org.

3. Tiket penerbangan
Dengan adanya syarikat penerbangan kos rendah seperti Air Asia dan Tiger Airways, kini semua orang berpeluang terbang merentasi laut dan menjadikan perbelanjaan traveling lebih terjangkau. Adakalanya penerbangan premium seperti MAS, Singapore Airlines, Emirates, KLM atau Lufthansa juga menawarkan tiket-tiket promo dengan harga yang murah namun anda perlu rajin mengunjungi laman web mereka untuk mengintai-ngintai tiket promo tersebut.
 Kebiasaannya kita akan mendapat tiket murah jika dibeli 2 bulan sebelum berangkat, jika anda membeli tiket seminggu sebelumnya sama sahaja jika anda membeli dengan harga premium. Penerbangan pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) adalah tidak digalakkan, cubalah cari penerbangan di hari-hari biasa seperti Isnin, Selasa dan Rabu. Penerbangan pada waktu awal pagi iaitu ketika subuh biasanya lebih murah dan jika anda mengambil penerbangan yang tiba pada waktu malam pula, lapangan terbang boleh dijadikan tempat tidur atau mengambil bas terus ke tempat yang ingin dituju dan bermalam di dalamnya dan hal ini dapat membantu mengurangkan kos penginapan. Tiket-tiket penerbangan murah juga boleh didapati di sini: www.kayak.comwww.cheapoair.com danwww.cheaptickets.com.

4. Merancang perjalanan

Penting bagi backpacker untuk merancang perjalanan ke tempat yang ingin dituju. Cara mudahadalah dengan membuat bacaan tentang catatan perjalanan orang-orang yang pernah mengunjungi tempat berkenaan. Pengalaman mereka boleh dijadikan sebagai panduan untuk menentukan apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak perlu dilakukan (Do & Don't) di sepanjang perjalanan. Selain itu, anda tidak perlu mengikut bulat-bulat aturcara perjalanan mereka, buatlah perjalanan sendiri mengikut bajet dan keperluan yang anda ada. Buku-buku travel seperti Lonely Planet, Nelles Guide dan sebagainya juga boleh dijadikan penduan dalam merencana sesebuah perjalanan. Jika berkunjung ke negara empat musim, perlu anda mengetahui musim apa yang sedang melanda di tempat tersebut agar segala persiapan untuk menempuh terutama musim sejuk dapat dibuat.

5. Persiapan perjalanan
Selain menyiapkan barangan peribadi seperti pakaian dan alatan mandian, perkara paling penting yang perlu didahulukan adalah dokumen perjalanan. 
Perjalanan akan menjadi lebih mudah dan selamat jika anda mempunyai beg kecil seperti beg gantung atau beg pinggang (pouch bag) untuk menyimpan tiket, beg duit, pasport dan sebagainya. Peta juga tidak kurang pentingnya. Peta boleh dicetak dari internet atau dibeli di kedai-kedai buku. Walaupun peta boleh didapati di tempat yang ingin dikunjungi, namun membawa sendiri dari awal adalah lebih baik. Perkara lain yang tidak boleh dilupakan ialah kamera. Alangkah ruginya jika tertinggal kamera apabila sudah sampai di tempat yang kita tuju, tiada gambar kenangan yang boleh dibawa pulang. 'Netbook' juga tidak kurang pentingnya dalam dunia traveling kini. Kadang-kadang situasi memerlukan kita untuk mencari semula maklumat menggunakan internet dan 'netbook' boleh menjadi penyelamat. Anda juga boleh menggunakan i-pad bagi menggantikan netbook. 
Selain itu, 'universal adapter' juga perlu dibawa bersama kerana setiap negara mempunyai soket yang berlainan. Ketiadaan 'universal adapter' akan menyebabkan kesukaran untuk mengecas bateri kamera, telefon bimbit dan 'netbook'. Sebagai langkah keselamatan, bawalah juga bersama ubat-ubatan terutama kepada mereka yang mempunyai penyakit. Perkara yang terakhir adalah mempersiapkan diri anda untuk berada dalam keadaan cergas. Menjadi seorang backpacker memerlukan kita mengerah tenaga yang banyak kerana perlu berjalan kaki dengan membawa beg galas yang besar.


Nah, tak susah pun untuk travel secara backpacker kan? Tak perlu risau lagi tentang perbelanjaan yang tinggi dan kini semua orang sudah mampu untuk travel. Travel tak semestinya ke luar negara, di dalam negara kita sendiri pun mempunyai banyak tempat yang boleh dikunjungi dan tidak salah untuk kita berpergian secara backpacker. Tanpa langkah pertama, tak mungkin perjalanan beribu batu akan bermula!

2 comments:

  1. waahhh.. leyh laa echa buat mcm nie nnty nak gi travel kan?? huhuhu seronokk nyerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee mmg pon yunk..sbgai panduan untuk ke sume kan

      Delete

Agen Wanted!!!

Hai semua 🙋🏼‍♀️ Sy Aisyah Roslan merupakan agen sah Tasneem Naturel dari Melaka.   Pendaftaran Ahli masih dibuka. Jom grab peluang ke...