Wednesday 12 December 2018

Agen Wanted!!!



Hai semuaπŸ™‹πŸΌ‍♀️

Sy Aisyah Roslan merupakan agen sah Tasneem Naturel dari Melaka. 

Pendaftaran Ahli masih dibuka. Jom grab peluang keemasan ini utk menjana pendapatan bersama Tasneem. 

✔️Yuran daftar hanya Rm400 shj
✔️ Anda akan dapat stok dari pihak HQ
✔️ Bahan marketing dan group coaching disediakan
✔️Dapat Untung runcit dan komisen dari Hq

www.wasap.my/60136834415/dstasneem
www.wasap.my/60136834415/dstasneem
www.wasap.my/60136834415/dstasneem

#tasneemnaturel
#tasneemnaturelmelaka
#tasneembukitbaru

Hai Mommies & DaddiesπŸ™‹πŸΌ‍♀️🌹

Promosi *FULLSET Tasneem Naturel Balm* . 1 set terdiri daripada 5 jenis balm yang *berkelulusan KKM dan 100% naturel. Sgt selamat untuk digunakan dari bayi hingga dewasa.Ianya WANGI, TIDAK PANAS, TIDAK BERANGIN, TIDAK MELEKIT, TAHAN ANTARA 2-3BULAN (bergantung penggunaan). *

Antara balm tersebut adalah :-

🌹*CFRUB* - Membantu hilangkan selesema, batuk berkahak, demam, asma, resdung dan lain2.

🌹*TRUB* - Membantu melegakan cirit-birit, perut kembung, gastrik, pedih ulu hati, serta boleh menghilangkan loya2 dan alahan ibu hamil.

🌹*SLEEP TIME* - Membantu anak tidur dengan lebih lena, tidak kerap terjaga dan bangun dalam mood yg ceria.

🌹*CALM TIME* - Membantu anak yang kerap menangis, tantrum, moody supaya kembali tenang dan ceria.

🌹*SKEENZ* - Membantu menghilangkan kesan gigitan nyamuk, kesan akibat luka, jerawat, ekzema, gatal-gatal dan chicken pox.

*SETIAP BELIAN SATU SET LENGKAP INI ANDA LAYAK MENDAPAT DISKAUN 10% SERTA HADIAH PERCUMA DARI SAYA. HANYA UNTUK 10 PELANGGAN TERAWAL πŸ˜*

Berminat terus hubungi :
www.wasap.my/60136834415/SetlengkapTN

#codareaMelaka
#luarmelakabypostage
#tasneemnaturel

Wednesday 15 May 2013

DAPATKAN VOUCHER TUDUNG BAWAL SEKARANG!!!

Salam my dear , today nak ksi tau Tudung Bawal akan memberi voucher bernilai RM15 dengan setiap pembelian tudung RM100 ke atas dari  Tudung Bawal page https://www.facebook.com/AisyahShopp# . Jangan lepaskan peluang ini. Mari beli..

Promosi PAKEJ JOM JIMAT KEMBALI LAGI!!!!BERITA BAIK BUAT PARA PEMBORONG KAMI . SEBARANG TEMPAHAN BOLEH ISI FORM ORDER @ DIRECT SMS/CALL KE 0126014413
SEKARANG Tudung Bawal MENAWARKAN 6 PAKEJ HEBAT UNTUK PEMBELIAN SECARA BORONG TUDUNG BAWAL MANIK EXCLUSIVE HANDMADE.

Pakej A RM250 5helai boleh MIX design
Pakej B RM450 10helai boleh MIX design 
Pakej C RM600 15helai boleh MIX design 
Pakej D RM700 20helai boleh MIX design 
Pakej E RM1080 30helai boleh MIX design 
Pakej F RM1400 40helai boleh MIX design



Friday 5 April 2013

“Pakej Pulau Malaysia Bersama Jomlahcuti.Com”.

Assalamualaikum..hye guys! 
Mai la pakat rmai2 kita pergi melancong jom...kepada yang suka pergi travel ke,bercuti or jalan2 ke..Jangan risau atau susah hati.. Bercuti bersama Jomlahcuti.Com adalah yang terbaik dan sangat memuaskan hati. Pada pandangan saya, web ini telah menyediakan pakej percutian yg sempurna dan sgt berpatutan harganya .Kita tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari agensi-agensi pelancongan yang lain kerana JomlahCuti.com mempunyai laman web tersendiri iaitu secara online dan sangt memudahkan untuk berurusan. Secara tidak langsung anda dapat menjimatkan masa malah menjimatkan wang kerana tidak perlu datang ke pejabat untuk berbincang. Tidak kira dimana anda berada, pihak JomlahCuti.com sanggup membantu anda untuk pergi bercuti sama ada berkumpulan mahupun secara persendirian.  Perkhidmatan nye macam mana pulak??oke, Jomlahcuti.com menawarkan pakej-pakej menarik secara berkumpulan dan juga persendirian (private tour) seperti ke Indonesia,Korea,China,Thailand,Vietnam, Singapura, Pulau Malaysia dan Lain-lain.. Selain dari itu pihak JomlahCuti.com juga menyediakan perkhidmatan penempahan hotel, ground arrangement, visa application dan transportation.So, kte x perlu risau ttg bagaimana nak cri hotel , transport ke sana, atau tentang masalah visa sebab  pihak JomlahCuti.com ada menyediakannya. '
             “Saya ingin bercuti bersama jomlahcuti.com kerana JomlahCuti.com http://jomlahcuti.com adalah Syarikat Travel & Tour yang sangat terbaik servisnya dan mempunyai pakej yang menarik!


pemandangan di tengah bandar Saigon


Saigon merupakan negara yang paling banyak penduduknya menggunakan motor sebagai transportation mereka setiap hari. Jarang tengok orang vietnam bawak kereta. huhuhu


kami sekeluarga menyisiri jalan untuk memborong barang


antara hotel yang berhadapan dengan hotel kami


antara kedai beg/cenderamata yang kami pergi..


baju kat sana cantik2..harga pon murah


sorry gbr kabur..huhu


di dalam kedai baju


opss! sempat berposing kita taw..hehheh


inilah kedai makan yang halal. Cni jela yang selalu saya dan keluarga makan. Harga?biasa la not bad jgk


haa klo nak tahu, helmet diaorang mcm ini lah..separuh je. huhu klo kat malaysia panggil helmet kura2 kan...tp kat cni mmg cantik2 n comel helmet nya.


menara tertinggi tu


bas yang digunakan di sana



huh panas di sana sama macam kat Malaysia tau..


hah tgk neyh antara motor vespa di sana..cantik kan??


jem dengan motor je..huh takut tgk mereka bawak motor taw..


saya dan adik bambam;)


Saturday 30 March 2013

Shawl Half Moon

berminat untuk memborong dengan harga yg murah??bole pm sy 0126014413
material chiffon vietnam..kain berkualiti=)

 sudut hadapan
Black color
RM40


sudut belakang

sudut hadapan
pink 
purple
RM40
sudut belakang

sudut hadapan
dark purple
black
RM40

sudut belakang

sudut hadapan
merah
kuning 
RM40

sudut belakang







Tuesday 26 March 2013

Cara untuk Berjaya Berbisnes..

Bukan senang nak jadi senang..dan bukan susah nak jadi susah kan?? first anda kena fikir kan betul2 strategi dan perancangan untuk menjayakan bisnes anda..jgn hentam keromo je taw.. ini adalah cara2 nya..renung2 kan lah..hee

Set Fikiran Kena Betul & IkhlasApa yang saya lihat untuk sukses anda perlu mempunyai MIND SET yang betul

contoh: Orang lain yang banyak menghasilkan income boleh berjaya dan kenapa mereka berjaya sedangkan aku masih tahap begini, aku pun boleh ikut jejak mereka untuk berjaya. Kalau bereka boleh hasilkan income sehari RM500 kenapa aku tak boleh hasilkan income RM1000?

Jadinya untuk berjaya, syarat pertama ialah anda kena ubah persepsi minda anda!

Kena cakap selalu I’m Still The Best atau Akulah orang yang paling terbaik dan terhebat dalam muka bumi ini. 


Dengan Siapa Anda Berkawan dan Buku Apa Yang Anda Baca                       

Mencapai sukses dan Kejayaan anda mesti bergantung kepada:1. Usaha yg gigih, berlipat ganda dan yang paling terbaik dari anda

2. Siapa kawan anda sekarang ? (Penasihat dan Pendorong kecermelangan)
3. Buku apa yg anda baca ? (Memperlajari Ilmu yang anda sendiri tak mahir dan membina keyakinan diri)

Mana mana orang yang berjaya di muka dunia ini mesti melalui pengalaman pahit manis dan jika hendak berjaya WAJIB kena usaha gigih tanpa kenal erti penat.

Antara petua berjaya ialah penting untuk anda mempunyai rakan/kawan yg biasanya menjadi “jurulatih” atau penasihat yg boleh membantu anda maju atau berjaya dalam perniagaan anda dan juga pendorong untuk anda berkeyakinan tinggi.

Nasihat dari saya, cedoklah ilmu dari orang-orang yg berjaya. Ikuti cara prospek mereka, contohnya jika anda inginkan pendapatan RM100,000 sebulan- anda harus cari mentor/coach/rakan yg sememangnya berpendapatan sedemikian. Anda dapat pelajari dari beliau dan berjaya seperti beliau. 

Tidak ramai yg suka membaca. Jangan silap!! Buku adalah hasil ilham pemikiran penulis. Pembacaan buku boleh membentuk minda. Berapa banyak buku anda baca dalam setahun? tidak cukup dgn membaca….berapa banyak yg anda dapat lakukan dgn apa yg anda baca..? 
(p/s: saya cuba membaca 1 buku baru setiap bulan. 12 bulan=12 buku, 10 tahun=120buku, belum cukup banyak. Kebanyakan jutawan banyak membaca buku-mereka ada library di rumah mereka, bukan koleksi video!) 

 Zakat ( Menyucikan harta dan pendapatan untuk org ISLAM)Amalkan mengeluarkan zakat setelah mendapat income hasil dari perniagaan anda Zakat dan sedekah adalah perkara yang perlu untuk menyucikan diri kita dari sifat-sifat buruk dan juga menyucikan harta kita.Untuk orang islam yang berniaga tak kira secara MLM, internet, jualan langsung mahupun mempunyai premis perniagaan sendiri saya berpesan pada diri saya sendiri dan pembaca blog ini supaya keluarkan zakat dan juga digalakkan bersedekah.

InsyaAllah hidup kita lebih berkat, income bertambah dan perniagaan makin maju…amin.

Menetapkan TARGET atau MATLAMATSecara logiknya ramai orang gagal dalam perniagaan mahupun kehidupan kerana mereka tidak mempunyai TARGET! Jika anda nak berjaya anda harus menetapkan TARGET.

Sesuatu target harus spesifik…contoh: “Dengan modal RM40 dalam 3 bulan mesti menjadi RM40,000″

Dulu pada zaman saya sekolah cikgu selalu berpesan, apabila anda dah ada target, langkah seterusnya ialah bekerja keras untuk mencapai target tersebut. Cikgu saya pernah berpesan juga anda harus tabah menghadapi segala rintangan atau halangan di sepanjang perjalanan untuk mencapai Target anda.

Gud Luck !!  

Sanggup menghadapi ujian dan cabaran untuk berjayaApabila anda membuat keputusan untuk berniaga, Ucap selamat saya yang utama ialah ” WELCOME TO THE CLUB ” . Kenapa ? kerana anda akan 200% menempuh ujian dan cabaran serta rintangan yang perlu anda tempuhi.Ramai orang ingin BERJAYA dan SENANG LENANG, sama ada dalam perniagaan, pekerjaan, pelajaran, percintaan, kekeluargaan dan sebagainya.

Contoh untuk berjaya dalam percintaan anda sanggup buat apasahaja untuk memenangi hati sidia, dalam pekerjaan pula sanggup buat OT siang malam bekerja untuk mendapat gaji lebih. sama juga hal kekeluargaan anda sanggup bekorban apa sahaja janji kehidupan isi rumah senang dan selesa.

Dalam perniagaan???? anda bagaimana? boleh ke tidak?Apakah anda perlu buat untuk mencapai Kejayaan? Sebagai seorang muslim, kita sentiasa diseru ke arah kejayaan (melalui seruan azan 5 kali sehari).

Saya melihat, orang-orang yg berjaya dalam karier mereka memang mempunyai KEINGINAN yang KUAT untuk berjaya. Mereka sanggup hadapi dugaan dan cabaran dalam perjalanan menuju kejayaan.

Dalam bisnes MLM, internet dan beberapa bisnes yg saya pernah terlibat, saya melihat ramai yg gagal kerana TIDAK SANGGUP menghadapi segala ujian dan cabaran yg mendatang.

Baru buat bisnes 2-3 minggu dah nak give-up/frust… dan pengecut cabut lari 

Orang Berjaya sentiasa mencari jalan dan berusaha ke arah kejayaan dan mereka SANGGUP hadapi segalanya demi mencapai cita-cita mereka. 

Sunday 24 March 2013

10 Nasihat untuk Menjadi Isteri Solehah



HATI ibu mana yang tidak gembira tatkala anak gadisnya dipinang orang. Sukanya hati bukan kepalang lalu pelbagai langkah bersiap untuk melangsungkan pernikahan dijalankan menurut tertib dan adat.
Biasanya ibu dan ayah akan bertungkus-lumus berusaha menjadikan majlis akad nikah puteri kesayangannya dengan penuh komitmen supaya meriah dan ceria.
Adalah wajar ibu bapa pengantin wanita memberikan petua dan nasihat buat anaknya yang bakal melangsungkan pernikahannya. Nasihat supaya anak memelihara dan menjaga alam rumah tangganya sebaik yang terdaya.
Inilah yang pernah dilakukan isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah. Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani: “Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu. Perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”
Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah, kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.
Pesanan pertama kepada anaknya: “Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah, bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menu keharmonian rumah tangga”. Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan suami yang di luar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri seorang isteri solehah.
Seterusnya pesanan kedua beliau: “Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.” Seorang Ulama’ pernah mengatakan: “Seseorang isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak, mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”
Isteri ‘Auf berkata lagi: “Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum.” Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan lebih intim pasangan suami isteri. Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.
Beliau juga berpesan supaya memperhatikan penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.
Pesanan lain, “Sesungguhnya kelaparan seseorang akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan seseorang itu mudah melepaskan kemarahan.”
Ini adalah langkah proaktif isteri mengelakkan suasana kurang baik dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan suami. Memang lumrah manusia, emosi menjadi kurang stabil dan mudah dibelenggu rasa kurang tenang apabila perut lapar atau kurang tidur. Lagilah bahaya kerana emosi negatif boleh meletup tanpa disangka. Justeru, apa yang disarankan isteri ‘Auf adalah jalan pintas untuk membendung anasir negatif daripada muncul dalam rumah tangga. Mengamalkan budaya mencintai kebersihan juga ditonjolkan dalam wasiatnya supaya anaknya menjaga kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suami dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya.
Jika kita amati pesanan itu, kita akan jumpa peringatan terbaik mengenai penjagaan persekitaran rumah tangga yang ceria dan bersih. Juga terselit ingatan supaya isteri menjadi seorang yang beramanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
Pesanan beliau selanjutnya dikira penting dipelihara rapi oleh isteri. Kata beliau: “Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya”. Islam menegah isteri menceritakan hubungannya dengan suami atau hal rumah tangga kepada orang lain.
Yang terakhir katanya: “Janganlah engkau berasa susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang ketika dia dalam keadaan susah, kerana yang pertama termasuk moral yang tidak sesuai dan yang kedua termasuk merosakkan suasana. Jadilah engkau orang paling mengagungkan suamimu, agar dia menjadi orang yang paling memuliakanmu.” Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah dikemukakan isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya. Ibu bapa sewajarnya menitipkan pesanan untuk dijadikan panduan kepada anak yang akan melangsungkan pernikahan demi kesejahteraan rumah tangga mereka.
INFO: 10 pesanan jadi isteri solehah
1) Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
2) Mendengar dan mentaati suami.
3) Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.
4) Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
5) Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
6) Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.
7) Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
8) Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
9) Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.
10) Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.

Agen Wanted!!!

Hai semua πŸ™‹πŸΌ‍♀️ Sy Aisyah Roslan merupakan agen sah Tasneem Naturel dari Melaka.   Pendaftaran Ahli masih dibuka. Jom grab peluang ke...