Thursday, 7 March 2013

Panduan menjaga tudung bawal


· Tudung bawal sensitif, fabriknya agak nipis. Bagi mengekalkan batu permata dan keadaan kain, basuh ia menggunakan tangan dan elakkan memberus atau menggunakan mesin basuh.
· Cuci menggunakan air yang dicampur sedikit serbuk pencuci. Rendam seketika, bilas dan sidai. Elakkan merendam dalam rendaman pelembut fabrik kerana ia boleh menyebabkan tudung bawal menjadi lembik dan sukar dibentuk.
· Sidai di tempat yang teduh supaya fabrik tahan lama dan tidak pudar warnanya.
· Jika tudung bawal mempunyai taburan batu permata, lapik kain lain di atas tudung atau terbalikkan ia ketika menggosok. Pastikan suhu seterika sederhana panas.
· Guna kerongsang yang mempunyai pin tajam kerana pin yang tumpul boleh menyebabkan tudung bawal anda berlubang dan rosak.

No comments:

Post a Comment

Agen Wanted!!!

Hai semua 🙋🏼‍♀️ Sy Aisyah Roslan merupakan agen sah Tasneem Naturel dari Melaka.   Pendaftaran Ahli masih dibuka. Jom grab peluang ke...