Hari tu kte tgk siaran Al-Kuliyyah. Berkenaan ‘Jaga Aib’. Kte rasa ingin dikongsikan kepada korang. Kalau kte tak muatkan di dalam blog ni, mungkin kte lupa atau kte tak sempat ceritakan kepada sesiapa.
Apa maknanya ‘Aib’? Aib ini adalah mengatakan sesuatu kekejian,keburukan orang. Kita tidak boleh mendedahkan orang yang tidak sembahyang kerana itu dipanggil ‘Aib Agama’.Apa tah lagi mendedahkan video sex ke hape2 jela ttg org len.
Kita tidak boleh mengata mengenai kelemahan orang seperti “Eh, itu anak haram”,"Eh kau tahu si polan tu x pernah solat..ape tah lg bce al-alquran".
“Eh,makan banyak tu,lapar ke pelahap ni” Jangan berkata begitu kepada orang. Ini semua adalah ‘Aib kelemahan’ dia.
Hukum mengaibkan orang ini adalah haram. Seperti juga hukum mengumpat.
Mengumpat pun ada syarat. Maksudnya, perkara berikut bermakna jatuh hukum mengumpat:
-Cerita keburukan orang
-Cerita mengenai dia tapi di luar pengetahuannya
-Cerita benda betul tapi di luar pengetahuannya
-Cerita perkara yang dia tidak suka tapi di luar pengetahuannya
Contoh lagi..
Jika jiran kita ada sekumpulan anak gadis tinggal serumah dan kemudian ada salah seorang membawa pulang boyfriend dia dan duduk berdua-duaan di dalam rumah tersebut, kita boleh melaporkan ke Jabatan Agama. Tapi kena selidik, takut suami isteri. Ini salah satu langkah utk menjaga aib org supaya kita tidak terburu-buru.
Bagaimana mendedahkan aib sendiri?
Contohnya: “ Aku tak tutup aurat sebelum ini”. Atau “ Aku tidak sembahyang selama 40 tahun”
Kita ditegah membuka aib sendiri. Seperti contoh di atas, seperti menunjuk-nunjuk kehebatan melakukan dosa. Jangan sesekali berbuat demikian.
Jika untuk dijadikan iktibar, jangan beritahu siapa nama orang yang terlibat.
Hadis Rasulullah SAW:
“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”
Ada yang bertanya, apa hukumnya jika mengintai orang. Sememangnya haram. Kerana kita telah mengaibkan orang dengan cara mengintai.
Satu lagi untuk kte sampaikan. Jika kita baru berkahwin, ataupun telah berkahwin, ataupun bercerai, jangan sesekali mendedahkan perlakuan kita bersama pasangan kita. Maknanya, jangan menceritakan hubungan intim kita bersama pasangan kepada orang lain. Hukumnya adalah haram.
Jadi, sama-samalah kita semua berazam untuk tidak cuba mengaibkan orang. Tidak ada untungnya. Malah lagi bertimbun dosa kte berbanding dgn org yg membuat dosa tu..hahah itulah antara sedikit sebanyak yg kte dengar kt siaran Al-Kuliyyah tu..ehh ingt ape??kte neyh x tgk ke siaran2 agame neyh..hahah sejahat2 kte,seburuk2 kte,sehine2 kte..kte ttp ade pegangan agame..iaitu Islam..ttp ade iman..wlupon x stinggi korg2 yg alim lg bijaksana, masih ade akidah wlupon x sbnyk n x stinggi gunung..tp insyaallah, klo kte sling mendoakn seseorng or pd kenkwan,shabat n para org islam kte akn dpt ganjarannye lbih yg kte jangkakan..upss! sorry berjela lak..kte bukan bersyarah or nk memberi ceramah..just utk peringtan pd diri kte neyh n kekwn kte..hiphip bye!! Assalamualaikum.....
No comments:
Post a Comment